Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus

Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus

Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus

Walau sekadar ayam goreng, namun perapan rempah yang sempurna dan penuh rasa memang boleh bikin ketagih.

Namun caranya bukan seperti menggoreng ayam biasa, teknik bermain api diperlukan supaya serdak rempah tidak hangus dan ayam masak sempurna.

Terima kasih As Rashid atas perkongsian resepi.

Bahan kisar :

Bawang putih

Serai

Halia

Lengkuas

Bahan lain :

Serbuk cili

Serbuk kari daging

Jintan manis (biji bukan serbuk)

Garam

Gula – sedikit

Tepung jagung

Daun kari

Cara :

1. Gaul semua bahan dengan ayam dan perap.

2. Untuk mendapatkan ayam yang cantik dan serdak tidak hangus, kena pandai mengawal api. Panaskan minyak terlebih dahulu. Apabila sudah panas, masukkan ayam dan kecilkan api.

3. Biarkan lebih kurang 10 minit dengan api kecil dan baru besarkan api.

4. Daun kari ditabur dalam kuali sewaktu mengangkat ayam. Jangan masukkan awal kerana ia akan hangus.

5. Ulang langkah 1 untuk proses goreng seterusnya.

 

Bahan kuah:

Rempah empat sekawan (kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga)

Bawang merah + bawang putih + lengkuas + halia (kisar)

Serbuk kari daging + serbuk rempah kerutuk

Cili kering yang direbus (kisar)

Serbuk cili sedikit

Kerisik

Santan

Ayam – dipotong kecil

Cara :

1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.

2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama cili kering, serbuk cili, serbuk kari daging dan rempah kerutuk. Tumis sampai pecah minyak.

3. Selepas itu masukkan sedikit air, biarkan ia menjadi seperti pes. Kacau rata.

4. Masukkan ayam, santan dan kerisik. Kuah jangan cair sangat.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih agar bahan tadi sebati dan serasi. Tutup api.

Sumber : As Rashid

Resepi ayam goreng berempah dan kuah nasi kukus


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Daging Bakar Danok Ori

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker