Penangan #IsraelKoyak, Caprice raih lebih 100,000 pengikut di Instagram dalam 24 jam! — MYKMU.NET

Penangan #IsraelKoyak, Caprice raih lebih 100,000 pengikut di Instagram dalam 24 jam!

Sebaran :

Gerakan #IsraelKoyak di media sosial terus mencetus perbualan hangat di media sosial sejak serangan kejam rejim Zionis Israel ke atas Palestin memuncak sejak 6 Mei lalu.

Netizen Malaysia menjadi perbualan dunia selepas dilihat berjaya mencetuskan perang saraf yang dahsyat ke atas kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Terbaharu, sesi Instagram Live (IG Live) yang diadakan oleh selebriti media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli bersama pelakon dan selebriti media sosial Israel, Shiraz pada Khamis lalu menarik perhatian ramai.



Sesi IG Live yang mencatatakan lebih 202,000 penonton secara langsung itu sekali gus memasyhurkan nama Caprice tular di Twitter.

Bahkan nama selebriti tanah air turut tersenarai sebagai carian tertinggi menerusi enjin carian Google.

Kata kunci Caprice menjadi antara carian tertinggi Google pada 21 Mei 2021

Kata kunci Caprice menjadi antara carian tertinggi Google pada 21 Mei 2021

Ketika dihubungi Astro AWANI, Caprice menyifatkan sesi IG Live yang dikendalikannya itu tempoh hari merupakan satu kaedah ‘luar kotak’ bagi membolehkan dia dan netizen Malaysia lebih memahami isu sebenar di sebalik ketegangan yang berlaku.



Memandangkan latar belakangnya dari keluarga diplomat menyebabkan selebriti berusia 32 tahun itu sentiasa optimis pendekatan diplomatik merupakan cara terbaik untuk mencari jalan keluar daripada sebarang masalah.

“Disebabkan itu, Caprice nak cuba cara lain. Kalau sebelum ni orang boleh cabar dan hina melalui Tik Tok, kenapa tidak untuk isu ini?

Shiraz, selebriti media sosial Israel menerima pelawaan Caprice untuk berdialog menerusi IG Live

Shiraz, selebriti media sosial Israel menerima pelawaan Caprice untuk berdialog menerusi IG Live

“Untuk menjayakannya, Caprice cari individu atau selebriti media sosial Israel di Tik Tok dan ajak mereka bersembang dan bertukar pendapat menerusi IG Live.


“Dengan cara ini, kita boleh bagi pendapat kita dan kita beri ruang juga untuk mereka kongsi pendapat mereka,” kata usahawan muda ini lagi.

Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI menerusi Crowdtangle (sebuah platform dataraya yang dimiliki Facebook untuk analisis interaksi pengguna daripada akaun public), Caprice berjaya mengumpulkan hampir 100,000 pengikut baharu di Instagram sebaik sahaja sesi IG Live nya berakhir.

Data Awam Crowdtangle menunjukkan peningkatan pengikut melebihi 100,000 dalam tempoh 24 jam

Data Awam Crowdtangle menunjukkan peningkatan pengikut melebihi 100,000 dalam tempoh 24 jam

Tambah Caprice, idea untuk mengadakan sesi perbincangan di Instagram itu tercetus sejurus selepas dia mengalami mimpi berada di sekitar Baitulmaqdis.

“Semuanya bermula apabila Caprice bermimpi di celah kemarahan yang memuncak terhadap Zionis Israel atas serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

“Dalam mimpi itu, Caprice berada di sebuah kafe yang berhadapan dengan Masjid Al-Aqsa sambil minum teh.

“Suasana ketika itu amat tenang, burung berterbangan dan langit membiru. Ada ramai pelancong berlegardi kawasan itu yang datang daripada pelbagai latar belakang termasuklah warga Israel sendiri.

“Terbangun saja dari mimpi itu, Caprice menggeletar dan cuba untuk faham apa yang dimaksudkan daripada mimpi berkenaan. Dari situ menggerakkan Caprice untuk mengadakan IG Live itu,” kata Caprice yang juga pejuang muzik genre hip hop itu lagi.

Sekalipun sudah meraih jumlah pengikut lebih 1.5 juga di Instagram, namun, itu tidak bermakna usahanya untuk menamatkan kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin akan terhenti.

Bahkan, iltizam yang terus mekar dalam jiwanya ialah untuk meneruskan perjuangan terhadap saudara-saudara Islam di bumi Palestin dalam mengembalikan semula kedautan bangsa itu.

[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: