Netizen Puas Hati Lihat Geng Mat Rempit Kena ‘Game’ Dengan Skuad 42


“Jika kita tidak boleh banteras mereka dari luar, kita join mereka banteras dari dalam.” — Mungkin ini frasa yang sesuai setelah melihat rakaman video ini.

Baru-baru ini satu rakaman video lama yang dikongsi semula telah mendapat perhatian netizen apabila sekumpulan mat rempit berjaya dibanteras anggota polis selepas mereka termakan ‘umpan’ dalam satu taktik ‘penyamaran dan kepungan’.

Rata-rata netizen berasa geli hati selepas menonton video lama yang dikongsi semula oleh Facebook Page Ebidmotor.com itu. Video tersebut telah mendapat ribuan komen dan perkongsian.

Berdasarkan komen-komen yang dihantar oleh netizen, nampaknya seperti sebahagian mereka berpengalaman pernah ‘mengalami’ seperti apa yang dirakam pada dalam video tersebut.

Menurut netizen, mat rempit yang ‘mengepalai’ bawa mereka lari masuk ke kawasan semak bersebelahan jalan raya besar sehingga terperangkap di satu jalan mati itu merupakan salah seorang anggota polis undercover.

Mereka merupakan ahli Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang ditugaskan khas untuk membanteras kes jenayah jalan raya serta aktiviti tidak bermoral seperti ‘merempit’ ini.

Nampaknya taktik ‘penyamaran dan kepungan’ oleh Skuad 42 ini membuahkan hasil apabila berjaya menangkap sejumlah besar mat rempit dalam satu operasi seperti dalam video yang dikongsi semula ini. Vc

Masih Degil Lumba Haram, Polis Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker