Masih Degil Lumba Haram, Polis Nekad Lepaskan Tembakan Ke Arah ‘Mat Rempit’


Isu mat rempit bukan hanya berlaku di negara kita tetapi merupakan masalah sosial di negara-negara jiran Malaysia. Aktiviti tidak bermoral ini bukan saja mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri, bahkan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja di Jakarta, Indonesia sedang asyik berlumba motosikal antara satu sama lain. Kegiatan mereka telah mengundang kehadiran anggota polis dan melepaskan tembakan bagi menyuraikan perlumbaan haram itu.

https://www.instagram.com/p/COVR3DDBeD5/?igshid=1lcft81ojfzzz

Di dalam video tersebut jelas kelihatan seorang anggota polis memegang senjata sambil menunggu remaja yang berlumba motosikal melalui hadapannya sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian motosikal.



Menurut Ketua Polis Jakarta Timur, Kombes Pol Erwin Kurniawan mengesahkan kepada portal Otomotif Kompas bahawa rakaman video yang tular itu berlaku pada hari Sabtu minggu lalu.

Ramai netizen Indonesia risau melihat rakaman video terbabit, tetapi pihak polis menyatakan senjata yang digunakan tidak menggunakan peluru ‘hidup’, mereka cuma menggunakan peluru kosong yang tidak membahayakan.

“Kami gunakan untuk menyuraikan perlumbaan haram itu,” terang Erwin dalam satu keterangan dibuat pada hari semalam.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah wajar pihak polis menggunakan senjata bagi menyuraikan perlumbaan haram? Kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen di bawah. Vc



Lima ‘Superman’ ditahan Polis

Related Articles

One Comment

  1. Dari dulu lagi sepatutnya guna senjata untuk tembak samseng2 ini. Bukan yang berlumba sahaja, mereka yang guna ekzos bising juga perlu ditembak. Sekarang masalah samseeng bermotosikal ini dah jadi barah sosial dalam masyarakat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker