Tiada ‘total lockdown’, Rakyat Kecewa!
Peniaga kecil merungut terkesan teruk jika pelaksanaan PKP berlanjutan
Rakyat hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap pengumuman kerajaan yang hanya memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial, meskipun didesak supaya ‘total lockdown’ dikuatkuasakan.
Malah, ada yang menganggap sidang media petang ini hanyalah sia-sia kerana tiada pengumuman baharu dimaklumkan, sebaliknya hanya ketetapan sedia ada dan diperketatkan.
Ini selepas Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya mengumumkan dua strategi diambil kerajaan untuk mengurangkan pergerakan rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah petang ini, Ismail berkata, kerajaan menetapkan untuk mengurangkan jumlah pekerja di pejabat serta menghadkan masa operasi sektor ekonomi.
Bagaimanapun, pengumuman itu ternyata menghampakan rata-rata rakyat yang mengikuti sidang media berkenaan secara langsung.
“Nampaknya kita akan bersambung lagi PKP 4.0, 5.0 dan seterusnya. Masih longgar sana sini, lockdown PKP 1.0 tidak akan berlaku,” kata Fazirul Mubin.
“Bila tak lockdown kes akan bertambah dan yang paling terkesan adalah staf hospital. Rasanya rakyat yang miskin majoriti setuju lockdown walaupun payah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal keadaan,” kata Nurfadilah Dila.
Pada masa sama, sebahagian netizen juga menyifatkan SOP baharu yang diperketatkan tidak mempunyai perubahan drastik daripada sebelumnya, malah menjangkakan ia tidak memberi kesan kepada usaha mengurangkan kes jangkitan.
“Apa yang buat sekarang sikit pun tak berkesan, takkan tak nampak lagi? Terus total lockdown sajalah, kami penat PKP berulang kali. Peniaga kecil macam kami terkesan teruk tahu tak?,” tulis Chearefiz Arepit.
“Aku tak dengar dia cakap pasal sektor perkilangan, sedangkan sektor itu banyak sumbang peningkatan kes. Yang ada 80 peratus kerja dari rumah sektor kerajaan, 40 peratus sektor swasta, premis perniagaan 8 pagi sampai 8 malam dan tambah sekatan,” kata Syukri Syuk.
Menerusi sidang media hari ini, Ismail memaklumkan bahawa operai perniagaan di seluruh negara dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei ini.
Malah, kerajaan juga bersetuju mengurangkan 50 peratus kapasiti penumpang dan kekerapan pengangkutan awam.
Cantik Kan? Gambar 10 Peserta Miss Universe 2020 dalam Bikini Berwarna-warni
Tiada ‘total lockdown’, Rakyat Kecewa!
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET