Rentas Aidilfitri Di Sabah Cetus 2 Kluster



Sebaran :

Rentas Aidilfitri Di Sabah Cetus 2 Kluster

Rentas Aidilfitri Di Sabah Cetus 2 Kluster

KOTA KINABALU: Tindakan merentas negeri bagi meraikan Aidilfitri di Sabah mencetuskan dua kluster COVID-19 iaitu Kluster Abaka di Tawau melibatkan 38 kes positif dan Kluster Melikai di Kuala Penyu dengan 16 kes.

Menteri Kerajaan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks bagi Kluster Abaka adalah seorang guru lelaki bersama pasangannya yang dikesan positif dalam saringan untuk rentas negeri untuk pulang ke Labuan pada 14 Mei selepas meraikan Aidilfitri di Tawau.

“Pasangan itu masuk ke Sabah pada 8 Mei, terlibat dalam aktiviti kunjung-mengunjung sehingga 14 Mei di Taman Abaka, Ladang Table di Mukim Merotai… daripada 171 kontak yang disaring, 68 sampel negatif manakala 65 sampel masih menunggu keputusan, dan selebihnya positif,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.



Kes indeks Kluster Melikai

Beliau berkata kes indeks Kluster Melikai merupakan seorang wanita yang bertugas sebagai Penolong Guru Tadika Perpaduan dan dikesan positif pada 17 Mei selepas pulang ke Kampung Melikai Menumbok di Kuala Penyu bagi meraikan Aidilfitri pada 13 Mei.

Mahathir akhirnya mengaku Najib tak ambil duit 1MDB

“Daripada 167 sampel yang diambil melibatkan kluster ini, 15 dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif 16 kes manakala baki 74 sampel masih dalam proses dan selebihnya negatif,” katanya.

Masidi berkata satu lagi kluster dikesan di Sabah iaitu Kluster Indani di Semporna melibatkan kes indeks seorang lelaki yang menjalani ujian saringan setelah didapati bergejala di Hospital Semporna dan kluster ini melibatkan 12 kes.



“Sebanyak 96 sampel diambil, 11 lagi kes dikesan positif dalam kalangan ahli keluarga kes indeks manakala 49 orang kontak yang lain adalah negatif dan 35 sampel lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Beliau juga berkata sembilan daerah dikategori sebagai zon merah COVID-19, tiga sebagai zon jingga, tujuh zon kuning dan lapan daerah sebagai zon hijau.

Katanya berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes baharu positif COVID-19 di negeri itu hari ini ialah sebanyak 189 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,242 kes.



BERNAMA

Rentas Aidilfitri Di Sabah Cetus 2 Kluster

Darurat Bukan Ubat Covid-19, Annuar Bidas Kor Ming

Rentas Aidilfitri Di Sabah Cetus 2 Kluster


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau

 


Sebaran :


Leave a Reply