Anak tunjal kepala ibu kandung



Sebaran :


Berang air tangki habis, tak dapat mandi, wanita tunjal kepala ibu kandung

Seorang wanita tergamak mencederakan dan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya hanya kerana air tangki habis sehingga dia tidak dapat mandi dalam kejadian di Taman Intan Mas, Teluk Intan, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 30 tahun itu anak kedua daripada tiga beradik, menuduh ibunya sengaja mencari masalah dengannya.



Mangsa berusia 54 tahun menafikan perkara itu, namun suspek yang juga penganggur tetap tidak berpuas hati seterusnya mengasari ibunya.

“Suspek menolak dan menunjal kepala ibunya beberapa kali dengan tangan, menendang kedua-dua paha sebanyak dua kali, memukul muka di sebelah kiri, dan memukul jari manis kanannya sehingga bengkak.

“Malah, wanita itu juga mengugut ibu dan adik perempuannya berusia 17 tahun dengan berkata ‘jangan sampai ada yang mati di tangan aku’,” katanya dalam kenyataan.



Suspek tinggal bersama mangsa sejak penghujung 2014 selepas diberhentikan kerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.

Dia dikatakan sudah beberapa kali memukul mangsa dan merosakkan barang di rumah.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan dan hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mengalami bengkak pada jari manis serta calar pada muka kiri,” katanya.



Berdasarkan siasatan polis, suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Sehubungan itu, suspek ditahan di rumahnya pada 2 pagi tadi dan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. FMT

Penganggur didakwa tetak emak sampai mati


Sebaran :


Leave a Reply