Pejabat kerajaan beroperasi secara hibrid, kata KSN



Sebaran :


KUALA LUMPUR: Pengoperasian pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan arahan bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata ia termasuk menggunakan pendekatan antaranya kehadiran ke pejabat pada tahap 20% keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan petugas barisan hadapan) dan 80% secara BDR dengan penggiliran.

Selain itu, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.



“Mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

“Perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara dalam talian dan melalui janji temu sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata ketua jabatan hendaklah melaksanakan arahan ini dengan merancang kehadiran penjawat awam yang diperlukan di pejabat dan BDR.



Beliau berkata pelaksanaan BDR adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah yang jelas memperincikan aspek-aspek yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja.

Sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U.(A) 395 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan yang lengkap dalam masa terdekat dengan perincian kepada perkara-perkara berkaitan,” menurut kenyataan itu.



Mohd Zuki berkata sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberikan dengan cepat dan tepat.

Jelasnya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa perlu dipatuhi bagi memastikan keluk jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan. FMT

Mesyuarat PN sudah hadir, sudi datang ke mesyuarat PH? Anwar tanya KSN


Sebaran :


Leave a Reply