Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19

Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19

Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19

PETALING JAYA: Perintah Ka­walan Pergerakan (PKP) penuh selama tiga minggu tanpa ada pergerakan manusia di luar rumah ke­cuali sakit dan mempunyai urusan di hospital, antara perkara yang akan dibincang dalam mesyua­rat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Difahamkan, cadangan ter­sebut yang dipercayai dipertimbangkan dalam mesyuarat itu merupakan langkah drastik untuk mengekang jangkitan Covid-19 yang mencecah 6,806 kes dengan 59 kematian, semalam. Setakat ini jumlah kes positif adalah seramai 492,302 orang.

Malah, usul serupa turut di­cadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang senada dengan pakar-pakar kesihatan awam supaya ia dikuatkuasakan se­gera.

Dalam blog beliau semalam, Dr. Mahathir berkata, kuarantin kendiri di rumah mesti dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan. Malah polis dan tentera digesa bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau me­lakukan perkara-perkara lain.

Beliau turut meminta kerajaan supaya menanggung kos tertentu termasuk menyediakan makanan yang secukupnya untuk seluruh rakyat sekiranya PKP penuh dikuatkuasakan.

Antiklimaks, Tiada PKP Penuh

Kerajaan perlu terima tanggungjawab

Malah, katanya, langkah menyekat pergerakan orang ramai di rumah membawa erti mereka tidak ada duit untuk ber­belanja dan tidak mempu­nyai makanan.

“Kerajaan perlu terima tanggungjawab untuk pastikan rakyat terus hidup. Bagi makanan, mestilah ada dapur awam di mana makanan disedia­kan, dibungkus dan dihantar ke rumah,” kata Dr. Mahathir.

Beliau berkata, kuarantin kendiri di rumah juga mesti dilanjutkan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan di samping polis dan tentera digesa bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau melakukan perkara-perkara lain.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta (APHM) Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, beliau bimbang peningkatan kes positif yang mendadak pada satu tahap menyebabkan doktor terpaksa memilih siapa yang berpeluang untuk meneruskan kehidupan atau sebaliknya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, walaupun kes jangkitan di Malaysia masih jauh berbanding negara-negara lain, tidak mustahil, situasi kritikal yang sama juga bakal berlaku jika pesakit Co­vid-19 dalam kategori tiga, empat dan lima jauh lebih tinggi.

“Kalau pesakit dalam tiga kelas ini lebih ramai, ya, kita boleh sampai ke tahap kritikal seperti di negara-negara lain sebab kita tiada fasiliti yang cukup melibatkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU), katil pesakit di hospital kerajaan dan swasta. Cuma, saya berharap ini tak berlaku.

“Oleh itu, rakyat kena berhati-hati kerana sekarang dalam negara berdepan dengan tiga varian Covid-19. Jika kes terus naik dan orang ramai berdegil tak mahu ikut SOP, jangan hairan masalah jangkitan tidak selesai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

PKP 3.0: Ini Kenyataan Media PMO

Pening­katan mendadak jangkitan Covid-19

Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, pening­katan mendadak jangkitan Covid-19 sudah dijangka selepas operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan sebelum ini walaupun pelbagai usaha bagi memben­dung penularan sudah dilaksanakan.

“Ini sudah terbukti dengan keadaan sebelum Hari Raya Aidilfitri kes terus meningkat dan kemuncaknya adalah semalam apabila angka menunjukkan yang paling tinggi.

“Dari awal lagi Perdim menetapkan kerajaan perlu bertegas soal ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat secara menyeluruh. Paling tidak pun, kerajaan bertindak lebih agresif untuk lockdown sepenuhnya di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Pada 12 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan membe­lanjakan RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19.

Jumlah itu masing-masing melibatkan RM340 bilion bagi pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan. – UTUSAN

Duduk rumah 21 hari, bendung penularan Covid-19

[VIDEO & FOTO] Kereta Dipanah Petir. Badan Lelaki Hancur, Kereta Meletup


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jangan salah faham hukum tinggal solat Jumaat tiga kali – Zulkifli

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker