Timbalan Pengerusi Tetap Umno Terkorban

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Terkorban
Dato Seri Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia

Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Rizuan Abd Hamid meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkongsi berita pemergian Allayarham Rizuan yang sebelum ini disahkan positif Covid-19.

“Dengan rasa sedih dan dukacitanya mendapat perkhabaran sahabat baik saya, Dato Seri Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua Umno Bahagian Kepong merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Susah sangat ke kerajaan nak bagi laptop kepada pelajar?

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama2 para syuhada dan para solihin. Alfatihah,” katanya pada hantaran di media sosial malam tadi.

Rizuan yang juga Ketua Umno Bahagian Kepong disahkan dijangkiti Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan pada 1 Mei lalu sebelum dikuarantin pada 3 Mei di PPUM dan dipindahkan ke ICU pada hari sama.

Timbalan Pengerusi Tetap Umno Malaysia


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


‘Takkan Israel buat ganas kita nak mengganas di tempat kita’, mufti tak setuju ‘cara’ PPIM lancar boikot

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker