Serangan ketenteraan akan diteruskan di Gaza – Netanyahu


BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, supaya meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza, sebaliknya menegaskan serangan ketenteraan tetap akan diteruskan, lapor Agensi Anadolu.

“Operasi itu akan diteruskan sehingga tujuannya tercapai,” menurut kenyataan pejabat Netanyahu.

Malah, katanya, serangan itu akan dipertingkat ‘bagi mengembalikan ketenangan dan keamanan’ kepada Israel.

Semalam, Rumah Putih memaklumkan, Biden berharap Netanyahu akan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza.

“Presiden memberitahu perkara itu kepada Perdana Menteri (Netanyahu), dan berharap ketegangan dapat diredakan dalam usaha menuju gencatan senjata,” kata jurucakap, Karine Jean-Pierre.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menggesa konflik terbaru antara Israel dengan kumpulan pejuang di Gaza ‘diredakan secara signifikan’ ketika kedua-dua pihak terus saling berbalas serangan, menjelang usaha diplomatik untuk membendung keganasan itu daripada berlarutan, hari ini.

#SavePalestine: Terima Ugutan Bunuh -Yatt Hamzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker