Persatuan perubatan Malaysia kutuk serangan
Persatuan doktor muslim di Malaysia mengecam serangan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan kakitangan perubatan dan memusnahkan kemudahan kesihatan di Palestin.
Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perubatan di Malaysia dalam satu kenyataan bersama hari ini mengutuk kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas Gaza sejak minggu lalu.
Ia membabitkan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).
Kenyataan itu berkata, pihaknya terkejut dan mengutuk tindakan Israel khususnya dalam serangan terbaharu membabitkan dua doktor berpengalaman di Gaza, iaitu Dr Mooein Ahmad al-Aloul dan Dr Ayman Abu al-Ouf serta keluarga mereka.
“Kami berdoa semoga Allah mengurniakan mereka syahid dan syurga. Serangan yang menyasarkan kakitangan perubatan dan Hospital al-Shifa ini perlu dikutuk oleh semua pengamal perubatan serta masyarakat dunia.
“Serangan brutal itu jelas melanggar Undang-Undang Konflik Bersenjata (LOAC) dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) yang melindungi setiap pertubuhan dan kakitangan perubatan,” kata kenyataan itu.
Justeru, kenyataan itu mendesak badan dan NGO perubatan antarabangsa, termasuk pemerintah dunia untuk meningkatkan usaha membawa rejim pengganas Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Katanya, tindakan rejim Zionis itu harus diadili kerana melanggar undang-undang terhadap kakitangan perubatan dan kemanusiaan.
“Kami juga memohon kerajaan di negara jiran Palestin untuk memudahkan pengangkutan masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Seluruh masyarakat dunia harus meningkatkan usaha kita untuk keamanan yang berkekalan dan adil, termasuk mengakhiri konflik selama sedekad ini. Kami berdoa semoga ini menjadi kenyataan satu hari nanti,” katanya.
Baca Artikel Menarik
- Mat Don lepak dengan Ronaldinho
- Petisyen Penjarakan Neelofa Bermula
- Resepi Briyani Udang Edisi Aidilfitri Ke-3
- Gelang ‘pink’ sudah digunting! Nora Danish enggan ulangi kesilapan lalu
- Aurel Hermansyah keguguran, Atta Halilintar mohon jangan ada prasangka buruk terhadap isterinya
Layari Laman Facebook My KMU NET
You must be logged in to post a comment.