Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga

Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga
Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga. Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam dengan menggunakan nama Melayu telah diberi notis amaran kerana beroperasi tanpa lesen sah.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan peniaga itu, yang menjual makanan secara dalam talian, telah menerima notis yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.

Menurut MBJB, hasil siasatan bagaimanapun mendapati peniaga itu sudah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggunakan jenama sama.

Pihak berkuasa tempatan itu menyatakan notis tersebut dikeluarkan semalam selepas melakukan pemeriksaan di rumah peniaga terbabit di Johor Jaya dekat sini yang dipercayai dijadikan lokasi perniagaan.

Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga

“Kita telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan termasuk menurunkan iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan.

“Setakat pemantauan hingga hari ini, perniagaan tersebut tidak lagi beroperasi dan patuh kepada arahan diberikan namun sekiranya ia beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan dibuat serta-merta,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut aduan dan laporan siasatan kes juga telah dipanjangkan kepada agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tindakan susulan.

Kalau anda terlepas…

MBJB turut mengingatkan orang ramai supaya memohon lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan makanan.

“Ini kerana terdapat beberapa syarat utama lesen perniagaan yang perlu dipatuhi para peniaga makanan antaranya berkaitan pengambilan suntikan tifoid bagi pencegahan penularan jangkitan tifoid atau demam kepialu yang boleh tersebar menerusi penyediaan makanan selain pematuhan aspek kebersihan lain dan tatatacara pengendalian makanan yang baik bagi membendung penyakit berjangkit,” menurut kenyataan itu.

Pengguna, khususnya yang beragama Islam, turut dinasihat agar lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib.

Semalam, tular mengenai kegiatan peniaga bukan Muslim yang menjual pelbagai makanan menggunakan nama ‘Kak Siti Ayam Penyet’ di sebuah rumah di Johor Jaya melalui aplikasi pemesanan secara dalam talian sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembeli beragama Islam.
Bernama

Kak Siti Ayam Penyet terima notis MBJB henti niaga


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


 

 

Suami isteri tipu promosi pakej penginapan ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker