Pogba, Diallo berdiri bersama Palestin


DUA pemain Manchester United Paul Pogba dan Amad Diallo mungkin gagal mencatat kemenangan pada malam tadi namun kedua-dua pemain dianggap sebagai wira apabila mengibarkan bendera Palestin di Old Trafford.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Pogba dan Diallo menunjukkan tanda solidariti mereka terhadap konflik yang sedang berlangsung di antara Palestin dan Israel sambil bertepuk tangan menyambut kembali 10,000 penyokong ‘The Reds Army’.

Pogba dan Diallo, yang kedua-duanya beragama Islam merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang ketiga dan keempat menunjukkan protes serangan Israel terhadap penduduk Palestin ketika ini.

Terdahulu, bintang Leicester City, Wesley Fofana dan Hamza Choudhury membawa bendera Palestin sebaik saja pasukan mereka menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA.

Pihak FA Inggeris melarang pasukan atau individu menampilkan sebarang bentuk politik atau rasis.

Bagaimanapun para pemain ‘The Foxes’ tidak menghadapi sebarang tindakan atau siasatan daripada FA kerang penggunaan bendera Palestin diterima di peringkat antarabangsa termasuk di dalam stadium.

Turut memberi pandangan, Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menganggap tindakan Pogba dan Diallo perlu dihormati.

“Kita mempunyai pemain yang datang dari pelbagai latar belakang, perbezaan budaya, agama, dan negara.

“Bagi saya kita perlu hormati pandangan mereka.

“Saya rasa kita pernah melihat beberapa pemain sebelum ini, mereka sangat peduli tentang hal isu semasa. Seperti Marcus Rashford, lihat perbezaan yang dibuatnya. Kami menghormati hak mereka untuk mempunyai pandangan yang berbeza,” katanya.

Rejim Zionis Israel terus menyerang Gaza yang menyebabkan kematian 237 orang rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak dan mencederakan lebih 6,278 orang sejak 7 Mei ketika berdepan pejuang Hamas, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Protes diadakan di seluruh dunia, termasuk bandar-bandar besar Eropah seperti London, Berlin, Madrid dan Paris bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Beberapa bintang bola sepak beragama Islam lain seperti Mohamed Elneny, Mohamed Salah dan Sadio Mane turut menunjukkan solidariti mereka di platform media sosial. Utv

Selepas menang, pemain Leicester City kibar bendera Palestine

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker