Lepas ‘Hulk’, bintang ‘Spider-Man’ pula sokong Palestin


SELEPAS Mark Ruffalo yang terkenal dengan karakter adiwira, Hulk dalam sinematik Marvel, bintang Spider-Man: Into the Spider-Verse, Mahershala Ali pula menzahirkan sokongannya terhadap Palestin.

Pemenang dua kali trofi Oscar itu menerusi Instagram berkongsi satu video kanak-kanak berusia 10 tahun yang terus menderita disebabkan kezaliman Zionis.

Menerusi hantaran sama, turut disertakan pemilik nama lengkap Mahershalalhashbaz Gilmore itu adalah sekeping foto memaparkan bagaimana Israel terus-menerus merampas tanah milik Palestin dan melakukan jenayah pembersihan etnik terhadap negara tersebut.

“Bismillah, saya doakan keamanan, maruah dan hak kemanusiaan anak-anak Tuhan akan terbela. Amin,” kata aktor yang merupakan penganut Islam itu.

Pada 2018, Mahershala melakonkan watak Aaron Davis atau The Prowler dalam Spider-Man: Into the Spider-Verse.

Karakter tersebut merupakan bapa saudara kepada watak utama, Miles Morales atau Spider-Man yang dijayakan oleh seorang lagi aktor kulit hitam, Shameik Moore.

Selain filem animasi tersebut, Mahershala cukup dikenali menerusi watak Boggs dalam trilogi The Hunger Games. K Online

Hulk (Mark Ruffalo) ajak dunia sekat, boikot Zionis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker