Isu khalwat artis, Jawi sudah lengkapkan siasatan

Isu khalwat artis, Jawi sudah lengkapkan siasatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar mengesahkan laporan siasatan melibatkan pasangan selebriti yang terpalit isu khalwat baru-baru ini, sudah lengkap.

Mohd. Naim berkata, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan minggu ini bagi mendapatkan tarikh pendakwaan.



Jelasnya, ia berikutan keputusan pendakwaan adalah di luar bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Namun, ia masih agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jadi laporan tu akan diserah kepada pendakwa syarie dan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

“Jadi kena tunggu pihak berkenaan buat keputusan untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap di Majlis Pelancaran Iftar Rahmah Madani 2024 du Masjid Al-Akram Datuk Keramat, di sini, hari ini.



Terdahulu media melaporkan, Jawi mengesahkan tangkapan pasangan selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada malam Jumaat.

Susulan itu, Mohd Naim berkata, bahagian penguatkuasaan Jawi akan melakukan tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas melakukan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan melakukan tangkapan. K Online

Isu khalwat artis, Jawi sudah lengkapkan siasatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker