Selebriti Malaysia Yang Kuarantin Ketika Sambut Aidilfitri

Baru-baru ini ramai dari golongan selebriti yang memaklumkan bahawa mereka telah positif COVID-19. Meskipun tidak dapat beraya bersama orang tersayang, mereka tetap tambil positif dan merayakan Aidilfitri dengan cara sendiri. Berikut adalah selebriti yang menyambut Aidilfitri sebagai pesakit COVID-19.

Nabila Huda

via Kopi Planet

Sebelum ini anak penyanyi rock, Amy Search telah memuat naik video meminta maaf kepada anaknya kerana tidak dapat meraikan ulang tahun ke-12 si kecil itu dan berhari raya bersama.

Malah katanya, mereka boleh merayakan kedua-dua hari istimewa berkenaan hanya di sebalik pintu kerana dia melakukan kuarantin kendiri di dalam bilik.



Tiz Zaqyah

via Cinema Online

Pada 9 Mei, Tiz Zaqyah telah disahkan positif COVID-19. Pelakon jelita itu berkongsi berita dijangkiti wabak berkenaan melalui hantaran di Instagram (IG) miliknya dan dia sedang menjalani tempoh kuarantin 10 hari di rumah bermula hari tersebut.

Nora Danish

via Buzz Kini

Hanya tinggal beberapa hari sebelum lebaran, Nora Danish juga mengesahkan dia disahkan positif COVID-19. Walaupun tiada sebarang simptom, Nora tetap kuarantin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat.

Nora yang sepatutnya hadir untuk suntikan vaksin AstraZeneca di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tepaksa meneruskan kuarantin atas nasihat doktor.

Reen Rahim

via KOSMO

Pelakon filem Town Mall mengakui sangat sedih kerana hasrat beraya dengan keluarga lebur tahun ini. Ini kerana dia perlu mengasingkan diri daripada mereka selama lebih seminggu setelah disahkan positif COVID-19.



Baginya dia lebih rela anaknya menangis di pagi raya tanpanya daripada dia menangis sebab anaknya kena COVID-19.

Diharapkan semua rakyat Malaysia yang positif COVID-19 terus positif, cekal dan tabah menghadapi ujian ini. Lebih baik menangis sekarang daripada menyesal kemudian hari.-Murai

Langgar peraturan kuarantin, lelaki maut ketuk ketampi 300 kali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker