‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi

Sekali lagi kisah keluarga selebriti Noor Neelofa Mohd Noor mengundang perhatian di media sosial apabila mereka didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana melakukan ziarah sempena Aidilfitri.

Melalui klip video dikongsi pengguna Twitter, anggota keluarga berkenaan – termasuk Neelofa dan suami, Haris Ismail – dilihat berpelukan dan bersalam-salaman pada kejadian dipercayai berlaku pada 1 Syawal lalu.

Video itu dikatakan telah dikongsikan sendiri oleh kakaknya, Noor Nabila namun telah dipadam dalam tempoh yang singkat.

“1 Syawal yang penuh mulia,” tulis Nabila pada kapsyen mengiringi video berkenaan.

Selain Neelofa, turut kelihatan dalam video berkenaan adalah Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin serta anaknya, Engku Aleesya. Ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed dan suaminya, Abdul Halim Khan Lall Khan juga kelihatan.

‘Bohong dan fitnah’ – McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan pada Israel

Ia mengundang pertikaian ramai kerana mencetuskan tanda tanya apakah mereka semua tinggal sebumbung.

SOP sambutan Aidilfitri melarang kunjungan ke rumah.

Polis berkata pihaknya telah menerima laporan polis berhubung perkara terbabit dan siasatan kini dijalankan mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Menurut Utusan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian itu disyaki berlaku di kediaman Neelofa di Hulu Kelang di Ampang, Selangor.

“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan,” katanya seperti dipetik.

MAEPS: ‘Tak cekap dan bercelaru’ meletihkan pesakit dan fronliner – Bekas Pesakit Covid-19

Neelofa dan 20 anggota keluarganya sebelum ini dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM60,000 berikutan majlis perkahwinan selebriti itu pada 27 Mac lalu yang didapati tidak mengikut SOP.

Bekas pengacara berusia 32 tahun itu dan Haris atau PU Riz juga masing-masing dikenakan kompaun RM10, 000 kerana melanggar kebenaran untuk merentas negeri.

Pada masa ini, pasangan itu sedang disiasat atas dakwaan membuat pergerakan merentas daerah untuk ke Nilai 3 di Negeri Sembilan.

Terdahulu, beberapa pihak telah mengundang kritikan kerana melanggar SOP pada Hari Raya, termasuk dua orang exco Terengganu yang telah didenda RM2,000.

PPV Stadium Titiwangsa ‘kecoh’

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Malaysia sedia hantar ATM ke Palestin – Ismail Sabri

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker