Aman Palestin berjaya kutip RM10 juta dalam seminggu

Aman Palestin berjaya kutip RM10 juta dalam seminggu

Aman Palestin berjaya kutip RM10 juta dalam seminggu

Kuala Lumpur: Aman Palestin berjaya mengumpulkan sasaran kutipan RM10 juta melalui tabung Bantuan Kecemasan al-Aqsa berikutan serangan rejim Zionis ke atas bumi Palestin.

Pengarah Media dan Korporat Aman Pelestin Anas Abdul Wahab berkata, sasaran kutipan itu berjaya dicapai atas sokongan rakyat Malaysia hanya dalam masa seminggu sejak ia dilancarkan Isnin lalu.

“Alhamdulillah, Aman Palestin sudah berjaya kumpul RM10 juta,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kutipan itu bakal diagihkan ke Gaza dan Tebing Barat.

Menurutnya, kutipan itu bakal diagihkan ke Gaza dan Tebing Barat, Palestin sebaik mendapat lampu hijau daripada rakan kerjasama yang berada di wilayah berkenaan.

Katanya, dari segi pelaksanaan bantuan, pihaknya menggariskan tiga perkara utama dalam misi bantuan kecemasan itu.

“Pertama, bantuan akan memfokuskan usaha memperbaiki rumah yang rosak akibat serangan. Bagi penduduk yang tidak ada tempat berlindung, kami akan mencari rumah sewa kepada mereka.

“Kedua, kami akan menyalurkan bantuan perubatan untuk mangsa perang sama ada di Gaza dan Tebing barat serta kawasan berdekatan yang diserang.

“Fokus terakhir pula adalah menyalurkan keperluan perubatan ke dua hospital utama di Palestin bagi memastikan bantuan rawatan mencukupi,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru di Gaza, Anas berkata, rejim Zionis masih melancarkan serangan di beberapa kawasan tertentu seperti perumahan, kawasan lapang dan kem pejuang Hamas.

“Serangan kali ini berbeza daripada tahun sebelum ini yang mana ia tanpa sebarang amaran.

“Pun begitu, kita percaya kemenangan kepada pejuang Palestin mampu dicapai dengan semangat jihad yang kuat daripada sahabat Islam di sana.

“Malah, di Aman Palestin sendiri berasa usaha kami selama ini mengagihkan sumbangan sejak 2006 lagi sudah nampak tanda kejayaan apabila sudah ramai celik tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada rakyat Palestin,” katanya.

Katanya, beliau turut memuji peranan yang dimainkan rakyat Malaysia di media sosial selain media massa dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai perjuangan Palestin itu. HM

Aman Palestin berjaya kutip RM10


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Fokus Aman Palestin – Perumahan, Perubatan & Hospital

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker