Vaksinasi: Mengapa Malaysia ketinggalan walau peruntukan besar

Vaksinasi: Mengapa Malaysia ketinggalan walau peruntukan besar

Vaksinasi: Mengapa Malaysia ketinggalan walau peruntukan besar

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menuntut kerajaan agar menjelaskan sebab Malaysia masih ketinggalan dalam usaha vaksinasi Covid-19 jika dibandingkan dengan negara-negara serantau.

“Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat bagaimana RM5 bilion ‘dijarah’ dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membiayai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan RM622 bilion melalui pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 dibelanjakan, ketika kadar vaksinasi Malaysia lebih rendah daripada Indonesia dan tidak ada tanda pemulihan ekonomi yang mampan.

“Wujud perasaan kesuraman dan kekecewaan yang semakin meningkat dengan lonjakan jangkitan Covid-19 dan jumlah kematian yang semakin tinggi sehingga memerlukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Lim membangkitkan Indonesia – yang mempunyai seramai 276 juta penduduk – telah mencatatkan kadar vaksinasi sebanyak 4.2 peratus.

Sebagai perbandingan, kadar vaksinasi di Malaysia pada masa ini adalah sekitar 3.6 peratus daripada 32.7 juga penduduk.

Bunuh perjuangan Palestin, kerajaan didesak tarik sokong ‘Two State Solution’

Lim berkata Malaysia juga mencatatkan kadar jangkitan Covid-19 per kapita yang lebih tinggi berbanding Indonesia.

“Tidak hairanlah Indonesia menggunakan Malaysia sebagai contoh yang menyedihkan untuk memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mengikut Malaysia dalam kegagalan pematuhan SOP Covid-19.

“Berapa banyak lagi PKP yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia, ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan keras kepala menolak untuk mengakui kegagalan menguruskan krisis Covid-19 dan menghentikan dasar yang berubah-ubah dan pusingan-U SOP, ketidakcekapan yang jelas dan juga amalan dua darjat dalam penguatkuasaan pematuhan PKP?” soalnya.

Lim juga sekali lagi menggesa sidang Parlimen diadakan semula bagi memastikan “kerajaan tidak dapat berselindung berkenaan perbelanjaan, bagi memastikan setiap sen digunakan sepenuhnya” dalam mengatasi wabak tersebut.

Vaksinasi: Mengapa Malaysia ketinggalan walau peruntukan besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker