Mengamuk tak dapat solat Jumaat

Mengamuk tak dapat solat Jumaat

Mengamuk tak dapat solat Jumaat, pagar masjid tercabut ditendang lelaki. Tangkap layar daripada rakaman CCTV yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu menendang pagar masjid sehingga tercabut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang marah kerana tidak dibenar menunaikan solat Jumaat, bertindak menendang pagar sebuah masjid di Selayang sehingga tercabut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata, bilal masjid yang menyedari pagar rosak itu, membuat laporan polis pada 1.40 tengah hari kelmarin.



“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) di masjid mendapati seorang lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam keadaan seperti mengamuk dan menendang pagar besi masjid sehingga tercabut serta jatuh,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, seorang suspek berusia 35 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam.

Israel arahkan ejen perisikan serang Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?



“Kami turut merampas Nissan Navara dan sepasang baju Melayu yang digunakan suspek ketika kejadian.”

Menurut beliau, kejadian itu berpunca daripada suspek yang marah tidak dibenarkan memasuki masjid untuk menunaikan solat.

Katanya, suspek yang negatif dadah itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Dia direman empat hari sehingga 19 Mei ini mengikut Seksyen 427/295 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang.



Mengamuk tak dapat solat Jumaat, pagar masjid tercabut ditendang lelaki

 

 

 



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker