Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar



Sebaran :

Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar

Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 78.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Ahad.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 5 petang.

“Seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) kemudian dikejarkan ke tempat kejadian. Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Demak 125CC dan telah mengakibatkan kebakaran.



“Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kenderaan. Terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan dua alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang lelaki dewasa tidak dapat dikenali identitinya dan operasi tamat pada jam 5.58 petang.



Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar

 

 

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply