Perak catat kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi 1.32

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, di Twitter memaklumkan Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94), dan Sabah (0.89).

Rusuhan Batu Pahat : Jangan main tuduh saja – Puad

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Rina berlakon rider FoodPanda – Di kecam Netizen [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker