Sembilan cedera, tiga kritikal dalam kejadian tembak di AS

 

WASHINGTON: Sembilan orang berusia 19-25 tahun, termasuk seorang wanita, cedera apabila beberapa suspek melepaskan tembakan dari kenderaan yang bergerak di Providence, ibu negeri Rhode Island, lapor media tempatan.

Kejadian itu berlaku sebelum pukul 7 malam, kata polis, dengan sekurang-kurangnya tiga mangsa dalam keadaan serius, mungkin kritikal.



Bagaimanapun, polis berkata, tembakan itu bukan dilakukan secara rambang sebaliknya bersasar mungkin berpunca dari perseteruan antara dua kumpulan.

Dianggarkan berpuluh-puluh dad tembakan dilepaskan dan polis telah menutup seluruh kawasan itu.

Belaum ada tangkapan dilakukan setakat ini, menurut polis siasatan sedang dijalankan.



 




Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker