‘Media vernakular’ milik kerajaan sudah tunjuk taring?

Pelik mengapa boleh ada naratif berbeza dengan versi Bahasa Melayu

BANGI, 1 Syawal 1442H, Khamis – Hati rakyat terguris dengan tindakan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggunakan istilah militan sebagai merujuk kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Terdahulu, berita Mandarin yang disiarkan RTM semalam menyatakan, “Kumpulan militan Hamas di Gaza telah melancarkan beberapa roket ke arah Jerusalem dan selatan Israel.

“Menyebabkan tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat Hamas di utara Gaza,” kata pembaca berita

Mengulas perkara itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya mengaku beliau pelik mengapa segmen berita Bahasa Cina RTM boleh ada naratif berbeza dengan versi Bahasa Melayu.

Ini kerana katanya, kedua-duanya dari agensi serta naungan yang sama iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Ini pun mujurlah ada rakan-rakan yang faham bahasa Cina menterjemah dan memberitahu kita. Jika tidak, label militan akan kekal digunakan oleh mereka dan akan meracuni segmen penonton Bahasa Cina.

“Ini bahaya kerana dari elok rakyat Malaysia bersolidariti menyokong perjuangan Palestin, boleh jadi naratif itu akan berpecah satu ketika nanti kerana ditanamkan bahawa perjuangan Palestin adalah terkait dengan menyokong militan.

BIADAP! Berita Mandarin RTM gelar Hamas militan

“Bibit-bibit itu memang sudah pun ada. Lebih teruk, ianya disuburkan oleh agensi kerajaan sendiri (RTM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, peristiwa itu mengingatkannya akan pengwujudan dan pemuliharaan sistem pendidikan vernakular yang tidak terkawal oleh kerajaan yang dilihat merugikan rakyat.

“Nampaknya sistem ‘media vernakular’ sudah menampakkan taringnya di mana kerajaan pun sudah mula tidak boleh mengawalnya.

“Sudahlah media swasta berbahasa Cina kebanyakannya membawa naratif yang pelik-pelik dan terasing dari naratif arus perdana, kini nampaknya media kerajaan berbahasa Cina seperti mula ke arah itu juga.

Selain itu, Haji Aminuddin yakin bahawa kesilapan tersebut bukan kali pertama bahkan beliau pasti banyak isu-isu lain yang terlepas pandang.

“Percayalah, ini akan selesai dengan hanya permohonan maaf dan mungkin akan berulang lagi. Nampaknya kita kena pantau rapat RTM Bahasa Cina ini pada masa akan datang,” katanya.

RTM bagaimanapun dilaporkan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam siaran berita, untuk pembetulan juga telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada jam 1 tengah hari, dan Berita Mandarin pada jam 7 malam, hari yang sama iaitu 12 Mei.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Ayuh! Guna media sosial ‘perang’ propaganda Israel

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker