Beraya di jalan raya: Tuntutan warganet terhadap PN
Warganet mengambil peluang menggunakan ucapan Hari Raya Aidilfitri untuk menyuarakan tuntutan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam suasana lebaran, mereka membuat hantaran dengan slogan seperti “buka parlimen, tamat darurat dan kerajaan gagal.”
Beberapa peserta kempen media sosial dengan tanda pagar #BerayaDiJalanRaya juga menyifatkan ketidakmampuan mereka untuk pulang ke rumah untuk menyambut kedatangan Syawal bersama keluarga sebagai bukti kegagalan kerajaan menangani wabak Covid-19.
Beberapa yang lain pula mendesak pelaksanaan segera Undi18.
Kempen dalam talian hari ini dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat, sebuah gabungan yang longgar yang terdiri daripada kumpulan anak muda seperti Undi18 dan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
Objektif kempen bertujuan mendesak PN memenuhi enam tuntutannya: Untuk menamatkan darurat; membuka semula parlimen; segera melaksanakan Undi18; memastikan kebebasan ekonomi rakyat; menjadikan pendidikan selamat untuk semua rakyat; memastikan tiada amalan dua darjat dan pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang; dan memperkasakan hak-hak Sabah dan Sarawak.
Gabungan itu berpendapat bahawa perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP 3.0) memberi isyarat Putrajaya gagal memerangi wabak tersebut. Mereka juga berpendapat darurat tidak mampu untuk menangani krisis ini.
Sebelum ini, kumpulan tersebut mengadakan demonstrasi “Buka Puasa Buka Parlimen” di hadapan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur menuntut parlimen bersidang semula.
Parlimen telah digantung sejak Januari apabila darurat
Bantahan ‘Kerajaan Gagal’ – Polis tangkap 20 lelaki tempatan
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT