“Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19” – Nora Ariffin

"Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19" - Nora Ariffin

Nora Ariffin – “Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19”

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan bahawa beliau sihat dan tidak dijangkiti wabak COVID-19 seperti dilaporkan.

Dalam kenyataan kepada Astro AWANI pada Khamis, penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata, ekoran laporan tidak tepat itu, beliau menerima banyak panggilan telefon dan kiriman mesej bertanyakan status kesihatannya.

Katanya, laporan yang menyebut beliau dijangkiti COVID-19 mencetuskan keresahan bukan sahaja kepadanya, bahkan turut melibatkan beberapa pihak lain.

Ini kerana, jelas Nora, beliau sedang dalam perbincangan mengatur beberapa projek yang turut berkait rapat dengan pihak-pihak berkepentingan lain.

“Laporan saya dijangkiti COVID-19 telah membuatkan ramai yang bimbang dan meminta saya membuat penjelasan. Jadi di sini, ingin saya jelaskan bahawa Alhamdulillah saya sihat, tidak dijangkiti COVID-19 seperti dilaporkan,” tegas Nora kepada Astro AWANI.

Nora dalam masa memahami, ada kemungkinan masyarakat tersalah atau terkeliru antara namanya dengan pelakon Nora Danish yang baru-baru ini mengesahkan terkena jangkitan wabak tersebut.

Dugaan 1 Syawal

“Mungkin ada yang keliru antara nama saya dengan Nora Danish.

“Saya harap penjelasan ini akan meredakan kebimbangan kaum keluarga dan sahabat-sahabat saya yang bertalu-talu menghantar mesej bertanyakan keadaan saya,” kata Nora lagi.

Pada 9 Mei lalu, Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mereka dijangkiti wabak COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

Manakala, pelakon Nabila Huda yang juga anak kepada legenda rock Amy Search juga mengumumkan dia dijangkiti COVID-19 pada Rabu.

Dalam masa sama, Nora menitipkan doa dan pesanan kepada pelakon Nora Danish yang sedang melalui ujian dijangkiti wabak tersebut.

Tidak ketinggalan doa yang sama turut dititipkan Nora kepada pelakon Tiz Zaqyah serta Nabila Huda yang juga melalui ujian yang sama.

“Semoga Allah memberi kesembuhan segera kepada Nora Danish, Tiz Zaqyah dan Nabila dan semoga ketiga-tiga mereka diberi kekuatan untuk melalui ujian ini.

“Sudah tentu kita semua risau dan bimbang dengan perkembangan pandemik yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara. Semoga kita semua akan lebih berjaga-jaga dan akan terus mematuhi peraturan dan saranan kerajaan demi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik,” ujar Nora lagi.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 


Bukit Aman siasat pegawai kanan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker