PDRM pantau pematuhan SOP guna drone.
PDRM pantau pematuhan SOP guna drone. Bukan setakat ronda rumah ke rumah,
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan drone bagi memantau pematvhan pr0sedur 0perasi standard (S0P) di kawasan-kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Per1ntah K4walan Pergerakan (PKP).
SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri Kumar berkata, penggunaan drone terbabit bertujuan memastikan tiada sebarang pelanggaran S0P dikesan.
“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.
“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan drone bagi membuat pemant4uan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya kepada Bernama pada Selasa.
Beliau berkata, bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan sebagainya, polis akan membuat semakan ke atas setiap buku pelawat di premis terbabit.
“PDRM bertindak demikian supaya tiada yang didapati melanggar S0P berkunjung ke sesebuah rumah seperti mana diarahkan kerajaan. Ia merupakan antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehad1ran orang awam di sesebuah premis seperti itu.
“Bagi tujuan itu juga orang ramai dalam masa sama dinasihatkan melaporkan sebarang pelanggaran S0P semasa perayaan Aidilfitri dilakukan di kawasan kejiranan mereka kepada pihak polis,” katanya.
Ditanya mengenai kawalan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan menghubungkan sempadan daerah dan negeri, Sri Kumar berkata, ia tidak terkeuvali berikutan pemeriksaan akan turut diadakan terutama di laluan t1kus.
“Jika di kawasan bandar, SJR dilaksanakan di pelbagai tempat namun ia tidak terkecuali di kawasan seperti luar bandar.
“Bermula di peringkat kontinjen sehinggalah pondok polis, setiap pegawai dan anggota dikerahkan bertugas dan memastikan setiap laluan tikus terbabit dibuat pemeriksaan ketat,” katanya.
Beliau berkata, tindakan mengarahkan orang awam supaya berpatah balik kerana tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap untuk merentas daerah dan sebagainya akan dilakukan manakala sebarang pelaaggaran S0P akan dikenakan k0mpaun.
Jelas beliau, tindakan dilakukan pihak polis itu bukanlah bertujuan menekan orang awam sebaliknya bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan ditetapkan. Bernama
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Setahun tak jumpa suami, wanita nekad sembunyi dalam but untuk rentas negeri