Saya duduk KL bukan Kelantan bodoh.” – Adi Putra

“Saya duduk KL bukan Kelantan bodoh..” – Adi Putra bengang, lokasi terima vaksin bertukar

Pelakon popular, Datuk Adi Putra meluahkan rasa bengang apabila tarikh dan lokasi bagi temujanji utnuk menerima vaksin tiba-tiba berubah selepas mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram semalam, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkongsi tangkapan skrin aplikasi itu yang memaparkan maklumat terperinci mengenai temujanji vaksin berkenaan.

Perhatian kepada KKM!

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, beliau mendaftar untuk disuntuk vaksin di Kuala Lumpur pada 16 Mei ini, namun sistem dalam aplikasi itu menunjukkan lokasinya di Pengkalan Kubor bertarikh 25 Mei akan datang.

“Saya buat temujanji vaksin di MySejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am. Hari ini saya buka MySejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar. Saya duduk KL bukan Kelantan b*doh,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet menegur bahasa pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang dianggap terlalu kasar apatah lagi ditujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tak patut guna perkataan tu! KKM dah penat

Teruknya bahasa?

Tarik balik makian tu!

Kenapa salahkan kerajaan pulak?

Sebelum ini, Adi yang berasal dari Singapura pernah mengesahkan dirinya adalah seorang warganegara Malaysia dengan memuat naik kad pengenalan di Instagram untuk tatapan umum.

Saya duduk KL bukan Kelantan bodoh.” – Adi Putra bengang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

[VIDEO] ADI PUTRA TAK DAPAT TAHAN SEBAK – ANAK ANGKAT ISTIMEWA USAHA BACA DOA


[VIDEO] ADI PUTRA TAK DAPAT TAHAN SEBAK – ANAK ANGKAT ISTIMEWA USAHA BACA DOA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker