Resepi Apple Crumble Muffin

Sebaran :


Apple Crumble Muffin

Masa Penyediaan: 20,
Masa Memasak:25,
Jumlah Hidangan:12

Resepi Apple Crumble Muffin, sedap dimakan untuk sarapan ataupun minum petang. Kombinasi epal dan kayu manis sangat menyerlahkan rasa muffin ini



Bahan-Bahan:

Bahan untuk muffin:

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji epal, dipotong kiub
2/3 cawan susu full cream



Bahan untuk topping:

1/3 cawan gula perang
1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega

Cara Penyediaan:



Cara untuk muffin:

Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.

Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.



Tuangkan separuh susu dan kacau sebati.

Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.

Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.



Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.

Cara untuk crumb topping:

Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.

Tips:

Muffin sudah masak sempurna jika dicucuk dengan lidi dan bersih apabila ditarik keluar.

Resepi Che Nom

Resepi Apple Crumble Muffin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Muffin Pisang Nutella dan Oat


Sebaran :

Leave a Reply