“It’s been a while. Signing out now” – MBO bungkus

Signing out now” – MBO bungkus

KUALA LUMPUR: Oktober tahun lalu, MBO mengumumkan penutupan sementara pawagam mereka di seluruh negara.

Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terus berlanjutan akibat wabak COVID-19, menyebabkan situasi kewangan mereka semakin genting.

MBO kemudiannya mengesahkan bahawa pemilik Golden Screen Cinema (GSC), PPB Group Bhd, telah membeli saham MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO) pada Mac lalu.

Dan semalam, MBO menerusi laman sosial mengucapkan selamat tinggal dengan catatan berbunyi “It’s been a while. Signing out now”.

Netizen menyambut berita itu dengan perasaan sedih, dan masing-masing berkongsi memori mereka bersama MBO, yang mula beroperasi sekitar 2003.

Industri filem antara yang sangat terjejas sejak awal pelaksanaan PKP. Ramai pekerja industri itu yang kehilangan kerja dan pawagam juga terpaksa gulung tikar.

Ada 25 buah Pawagam bernaung dibawah MBO Cinema. Pawagam terakhir di buka di AEON Mall Bandar Dato’ Onn Johor Bahru. Pawagam tersebut  mempunyai beberapa buah Dewan yang dinamakan sebagai BIG SCREEN, MX4D and KECIL. MBO Cinemas juga menawarkan Dewan Tayangan Biasa di semua lokasi dan  MBO Special Halls di beberapa lokasi pulihan .

MBO Cinemas Special halls

BIG SCREEN
MX4D
ONYX
KECIL
PREMIER

KECIL adalah Ruang Dewan tayagan yang dikhaskan untuk keluarga yang pertama di Malaysia. Fasiliti yang ditawarkan termasuk  Family Bed, Beanie Seats and In-Hall Playground.

KECIL ditawarkan di 7 lokasi MBO Cinemas di Malaysia.

.”It’s been a while. Signing out now”. SELAMAT JALAN MBO CINEMA SEMUGA KITA BERJUMPA LAGI


 

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Anak ‘celaka’ tikam ibu sedang solat tarawih

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker