Warga asing beli borang rentas negeri RM200


Dua lelaki warga asing bukan sahaja tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi didapati menggunakan borang rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM200.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang berumur 24 dan 27 tahun itu ditahan dalam satu pemeriksaan dalam sebuah bas di Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Bentong kelmarin

“Dalam pemeriksaan dalam bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuantan pada pukul 1.30 tengah hari itu mendapati dokumen rentas negeri dua lelaki berkenaan disyaki dipalsukan dan siasatan awal mendapati dokumen tersebut difotostat dan digunakan semula.

“Selepas menghubungi balai polis yang mengeluarkan borang itu didapati borang rentas negeri berkenaan tidak dikeluarkan sebelum suspek mengaku memperolehinya daripada seorang rakan bernama Mezan dengan bayaran RM200 setiap satu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Katanya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959 yang boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.

Sementara itu, beliau berkata, empat warga tempatan yang menaiki sebuah bas dikenakan kompaun kerana gagal mengemukan borang rentas negeri yang sah kelmarin.

Katanya, empat lelaki berusia 21 hingga 37 tahun itu dikompaun di bawah Akta Peraturan 25 (A) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. K Online

Padah beri surat rentas negeri palsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker