PKP perlu tegas, jelas sasarannya, kata Najib


Najib Razak berkata, kerajaan perlu mempunyai objektif jelas dalam melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), tanpa tunduk kepada pelbagai kumpulan perniagaan.

Katanya, ini penting kerana pemulihan ekonomi bergantung kepada kejayaan negara dalam menangani Covid-19.

Bercakap ketika temu bual bersama Umno Online hari ini, Najib berkata PKP perlu dilaksanakan dengan tegas, namun untuk tempoh singkat.

Beliau memberi sebagai contoh negara seperti UK serta AS yang berjaya mengurangkan kes jangkitan Covid-19.

“Ketika darurat diumumkan, AS mempunyai 250,000 kes sehari, namun kini ia sekadar 30,000 ke 40,000 kes sehari.

“UK sebelum ini merekodkan 60,000 sehari, namun kini turun ke 1,600. Ini bererti Covid-19 boleh diuruskan, namun langkahnya perlu tegas dan tepat,” katanya.

Tambahnya, objektif PKP mesti jelas. Beliau memetik SOP yang bercanggah ketika kali kedua PKP tahun lalu, seterusnya mengakibatkan kegagalannya.

“PKP 2.0 mempunyai pelbagai objektif. Ada kedai boleh dibuka, ada yang tidak. Kilang dan tapak pembinaan dengan kluster tertinggi dibenarkan buka.

“Kenapa? Kerana tekanan sektor terbabit.

“Jadi kita melonggarkan SOP dan tunduk kepada desakan mereka. Kita tidak boleh mempunyai pelbagai objektif, perlu ada cuma satu objektif saja,” katanya.

Menurutnya negara lain seperti China juga berjaya membaiki keluaran dalam negara kasar (KDNK) susulan kejayaan tindak balas pandemik.

Sebaliknya, katanya Malaysia masih belum pulih malah hutang kerajaan nampaknya semakin bertambah. FMT

PKP 3.0: ‘Takde lagi ke perutusan khas?’, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker