Warga emas maut terperangkap dalam kemalangan 4 kenderaan



Sebaran :


Seorang lelaki warga emas maut sementara lima cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Baharudin Tua, 89, yang memandu Perodua Myvi ditemui terperangkap di dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, kemalangan melibatkan pelanggaran antara Perodua Myvi yang bertembung dengan Toyota Vellfire, selain melibatkan sebuah Proton Saga dan Perodua Alza.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.40 tengah hari sebelum anggota penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gopeng segera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang lain telah keluar dengan sendiri.

“Anggota penyelamat menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap serta membuat rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan,” katanya dipetik Bernama.



Pihak bomba memaklumkan operasi tamat kira-kira dilakukan 3 petang dan mayat mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat. FMT

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas sempat ucap selamat tinggal


Sebaran :


Leave a Reply