Resepi Popia Nestum Sedap
Resepi Popia Nestum Sedap
Resepi Popia Nestum, yang sangat sedap dan hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang mudah didapati di kedai atau pasaraya.
Cuma proses menggulungnya agak remeh tetapi hasilnya amat memuaskan hati. Kos nya jauh lebih murah jika buat sendiri berbanding dengan kuih yang dibeli. Anda boleh cuba kuih ini untuk dihidangkan di hari raya nanti.
Buat keluarga besar, jika ramai-ramai bergotong rotong menyiapkannya, pasti seronok dan cepat siap.
Bahan-Bahan:
Bahan untuk popia nestum:
- 1 bungkus kulit popia
1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
dan 1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula halus
Bahan untuk gam:
2 sudu besar tepung
1/4 cawan air
Cara Penyediaan: Popia Nestum
Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
Goreng sehingga kekuningan.
Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda haruslah sentiasa tutup kulit popia dengan kain supaya kulitnya tidak kering dan keras. Jika kering, susah untuk digulung kerana ia mudah pecah.
Resepi Che Nom
Resepi Popia Nestum Sedap
Baca Artikel Menarik
- Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
- Inilah tanda- tanda malam Lailatul Qadar
- Resepi Ayam Kuzi Istimewa
- Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.