Resepi Apam Beras Gerenti Jadi
Resepi Apam Beras Gerenti Jadi. Puas tengah fikir kuih apa nak buat untuk buka puasa hari ini. Fikir punya fikir, terbayang apam beras.
Fuhh, memang dah lama tak makan kuih ni. Last kali makan beberapa tahun dulu. Apa lagi jom kita buat apam beras gerenti jadi punya tapi hika diizinkan Allah SWT.
Malam ni jangan lupa ya malam 27, kejar jangan tak kejar Lailatul Qadar. Jom sama-sama berdoa agar kita beejumpa lagi Ramadhan tahun hadapan. Ameen.
Menghasilkan: 25 biji
Resepi Apam Beras
Bahan A:
1 cawan nasi
1 ½ cawan air
Bahan B:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula pasir
6 gm yis kering
Bahan C:
Kelapa parut muda
Garam
Cara cara:
Kisar bahan A sehingga halus. Satukan semua bahan B di dalam mangkuk yang besar.
Tuang bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati. Perap selama 1 jam sehingga kembang.
Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Lenser sedikit minyak pada acuan kecil menggunakan tisu dapur.
Tuang adunan dalam Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit. Balut tudung pengukus dengan kain.
Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.
Nota:
Saya sediakan separuh adunan sahaja. Jika buat 1 adunan penuh, boleh guna 1 paket yis mauripan 11 gram.
Sekarang ini agak heboh diperkatakan dan menjadi viral berikutan kisah penahanan reman beberapa individu yang dikaitkan dengan Macau Scam. Scammer ini sangat berleluasa. Target mereka adalah orang yang mudah panik. Mereka katakan orang seperti ini adalah orang yang bodoh.
Azie Kitchen
Artikel Menarik :
- Resepi Bingka (Bengkang) Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis
- Resepi kuih sagu viral
- Roti Jala Lembut dan Kari Ayam Menjilat Jari
Layari Laman FB MYKMU
You must be logged in to post a comment.