Resepi kuih sagu viral

Kuih sagu adalah kuih kegemaran orang ramai. Kalau di bulan puasa, kita selalu membelinya di bazar ramadhan sebagai kuih untuk makan ketika berbuka puasa.

Sangat mudah dan cepat disediakan.

Cuma masalah untuk mendapatkan kelapa parut muda untuk digaul bersama kuih ini sahaja. Kalau kelapa parut yang tua, kuranglah sikit keenakannya berbanding kelapa yang masih muda.



Memang sedap kuih sagu ini lebih lebih jika dimakan ketika sejuk sedikit, nyaman jer.

Jom kita layan, resepi yang kita gunakan pada hari ini…

Resepi kuih sagu viral

Bahan- bahan:

2 1/2 cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
Sedikit kelapa putih + sedikit garam – gaul



Cara cara:

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.

Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 – 30 minit).



Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Azie Kitchen

Resepi Buah Melaka atau Onde-Onde



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker