Resepi Bingka (Bengkang) Ubi Kayu Lembut dan Lemak Manis

Sebaran :


Resepi Bingka (Bengkang) Ubi Kayu Lembut dan Lemak ManisBahan-bahan:

4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat – dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.

Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur.

Tuang ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya. Nota: saya guna loyang 8×8 inci.

Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.

Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 – 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Nota: Saya tak buat seperti ini, sebaliknya bakar lebih 2 jam.

Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik. Azie Kitchen

Resepi Kuih Cara Berlauk, Sedap baq hang


Sebaran :

Leave a Reply