Biodata Abdul Hamid bin Bador



Sebaran :

Abdul Hamid bin Bador. Ketua Polis Negara Malaysia

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador mantan Ketua Polis Negara Malaysia  ke12 yang dikemaskini pada 1 Mei 2021.

Abdul Hamid Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kepada seorang konstabel polis, Allahyarham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.

Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina Malaysia, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).



Pendidikan

Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.

Kerjaya

Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.

Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.



Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.

Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.

Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.



Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.

Yang Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid Bador
PMN, PSM; SPTS (Perak); SSNS (NS); DPPN (PP); DPNS (NS); DIMP (Pahang); JMN
Ketua Polis Negara Malaysia ke-12
Dalam jawatan
4 Mei 2019 – 30 April 2021
Dicalonkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dilantik oleh Al-Sultan Abdullah
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
  • Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Dato’ Seri Hamzah Zainudin
Timbalan
  • Mazlan Mansor
  • Acryl Sani Abdullah Sani
Didahului oleh Mohamad Fuzi Harun
Digantikan oleh Acryl Sani Abdullah Sani
Butiran peribadi
Lahir 7 Ogos 1958 (umur 62)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan Puan Sri Nor Azrin Marzuki
Bapa Konstabel Bador Ijoh
Alma mater
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Birmingham
Pekerjaan Pegawai polis

FOTO

 

 

 

Biodata Acryl Sani Abdullah Sani


Sebaran :


Leave a Reply