Roti Jala Lembut dan Kari Ayam Menjilat Jari

Sebaran :


Roti Jala Lembut dan Kari Ayam

Roti jala adalah merupakan hidangan kegemaran semua. Ramai boleh dikatakan sangat expert dalam menyediakan roti jala dan kuah kari ayam sedap untuk dimakan bersama roti jala.

Yang lagi best, bila menyediakan roti jala, semua ahli keluarga turut sama menolong di dapur berganding untuk membuat kuah kari, menjala, melipat roti yang telah siap dijala.

Kari ayam untuk dimakan dengan roti jala mestilah sedikit pekat, baru kaw kaw.

Tak boleh seperti kuah kari biasa yang dimakan dengan nasi. Guna serbuk kari dan bawang yang agak banyak. Ubi kentang juga membantu memekatkan kuah kari.

Jom layan resepi yang dikongsikan semula di bawah ini untuk mudah dijadikan rujukan.

Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak
1 biji telur
2 1/2 cawan susu segar
Secubit garam
Pewarna kuning telur

Kisar semua bahan di atas menggunakan blender. Sedia untuk dijala.

Kari Ayam

Bahan bahan:

Isi ayam secukupnya
1 1/2 biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah 3 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara cara:

Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.

Selamat mencuba…

Resepi Azie Kitchen

Resepi Kuih Loyang Rangup Dengan Tips Istimewa


Sebaran :

Leave a Reply