Jangan-jangan Sajat dah tukar jadi beruang



Sebaran :


Sajat masih di luar negara, bagaimana dia berada di sana…Wallahualam, kata polis

Polis yakin usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Sajat masih berada di luar negara, dengan menyatakan dia mungkin menggunakan kaedah tertentu untuk berbuat demikian.

Sajat menghilangkan diri selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan mahkamah.



Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, berkata polis menerima pelbagai maklumat daripada orang awam mengenai lokasi keberadaan Sajat termasuk di Thailand.

Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh, polis tidak menolak kemungkinan usahawan itu kini berada di luar negara.

“Bagaimana dia (Sajat) berada di sana (luar negara), Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang membolehkan dia berada di luar negara. Apa sekali pun, kita (polis) tidak akan putus asa untuk mengesannya.



“Kita akan bantu mengikut kemampuan dan berusaha. Kalau subjek berada dalam negara, Insya-Allah kita akan dapat jejak dan kesan. Sementara waktu ini, kita perlu bersabar dulu,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Acryl berkata, sebarang maklumat dan petunjuk diperoleh akan diteliti untuk tindakan susulan.

“Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dan jika betul akan dapat dikesan.



“Tapi apa yang berlaku, dia tiada di sana,” katanya.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebelum ini dilaporkan berkata, Sajat berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.



Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Feb 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu, Sajat didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. FMT

Sajat hina agama lagi?


Sebaran :


Leave a Reply