‘Saya disiasat, kenapa audio mirip PM, menteri tak kena?


Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa audio didakwa mirip suara perdana menteri dan menteri dalam negeri, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak disiasat polis.

Sedangkan, katanya, audio perbualan didakwa mirip suaranya dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak lama dahulu yang tidak mengandungi unsur jenayah pula disiasat.

Dia membangkitkan persoalan itu selepas keluar daripada memberikan keterangan sebagai saksi di Bukit Aman berhubung perkara itu.

“Mengapa isu seperti ini mahu dijadikan isu politik oleh kerajaan yang nampak sangat terdesak sekarang. Apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik, penyalahgunaam kuasa yang ada sekarang .



“Saya sebut juga ada penyebaran meluas dalam media sosial mengenai audio rakaman yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin, mengenai scheme of things … melibatkan ugutan rasuah, lantik GLC dan sebagainya.

“Saya tanya ada siasatankah?

“Terkini ada penyebaran audio yang didakwa suara Hamzah Zainuddin mengenai mengatur ‘orang-orang kita’ sebagai pegawai kanan tertinggi polis.

“Apakah ada siasatan dalam kes seperti ini yang jauh lebih serius, kerana melanggar beberapa peraturan dan jaminan beliau (untuk) tak campur tangan dalam urusan ini,” katanya kepada pemberita di depan bangunan Bukit Aman.



Muhyiddin dan Hamzah dalam pertemuan dengan pemimpin PN hujung tahun lalu
Anwar ditemani peguamnya, Sankara Nair dan Ramkarpal Singh memberikan keterangan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaaan.

Dia keluar pukul 11.25 pagi setelah hampir sejam setengah memberikan keterangan.

“Diambil keterangan sebagai saksi. Itu penting untuk ditekankan,” kata Ramkarpal.

Audio yang tular awal bulan ini memaparkan perbualan dua pihak yang didakwa Anwar dan Ahmad Zahid, antara lain berkenaan Perhimpunan Agung Umno dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk semasa perhimpunan berkenaan.



Baik Anwar mahupun Ahmad Zahid, kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan.

Untuk rekod, tahun lalu, SPRM dilaporkan sudah menghantar laporan dan sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara berkenaan audio mirip Muhyiddin

Audio itu dikatakan memaparkan suara mirip suara Muhyiddin yang mengatakan ahli parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika ditawarkan jawatan menteri atau jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Audio didakwa mirip Hamzah pula dikatakan tersebar sejak malam kelmarin, dan mendapat reaksi beberapa pihak antaranya ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Puad Zarkashi.



Audio itu dilaporkan mengandungi perbuan tentang kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam polis.

‘Salah guna kuasa’

Sementara itu, menurut Sankara, panggilan terhadap Anwar untuk memberikan keterangan itu merupakan satu salah guna kuasa oleh pihak polis.



Ini kerana, katanya, siasatan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu lazimnya melibatkan kes saman, dan bukan kes waran.

“Tak lazim ditangkap tanpa waran. Oleh itu, mengambil keterangan di bawah (peruntukan) itu adalah memang salah dari sisi undang-undang.

“[…] Ini jelas-jelas salah guna kuasa, hanya untuk ganggu klien saya, untuk hadir, buang masa bagi keterangan, yang tidak sah pun. Akhirnya boleh dicabar,” katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya mengenai apakah dia dimaklumkan sama ada Ahmad Zahid turut akan dipanggil memberikan keterangan berhubung audio tersebut, jawab Anwar, dia tidak tahu.



“Melainkan ada lagi perbualan telefon disebarkan,” kata Anwar berseloroh.

Pada 10 April lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata selain Anwar, Ahmad Zahid juga akan dipanggil memberikan keterangan berhubung rakaman audio itu.

Abdul Hamid memaklumkan kertas siasatan telah dibuka dan salinan audio itu dihantar ke makmal forensik untuk menentukan ketulenannya. Mk

[AUDIO] PANAS! Tular Rakaman Mirip Menteri KDN Berkaitan Skandal Pertukaran Jawatan Dalam PDRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker