Lucinta Luna Mengaku Hamil, Minta Lelaki ‘Mat Salih’ Bertanggungjawab
Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna kembali menjadi bualan warganet apabila mendakwa dirinya kini sedang berbadan dua selepas membuat ujian kehamilan baru-baru ini.
Menerusi laman Instagram, penyanyi transgender berusia 32 tahun itu memuat naik sebuah video di laman Instagram memaparkan dirinya dalam keadaan mual dan muntah selain mendakwa lewat datang bulan.
Gimana nih?
https://www.instagram.com/tv/COSLSjyphcu/?utm_source=ig_embed
Selain itu, menerusi posting berasingan, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah membuat panggilan video bersama seorang lelaki Inggeris bagi memberitahu khabar gembira itu.
Dengan perasaan bercampur baur, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu bersungguh-sungguh meminta lelaki berkenaan datang ke Jakarta untuk bertanggungjawab atas ‘kehamilan’ tersebut.
Kamu harus bertanggungjawab!
https://www.instagram.com/tv/COUt4hgpJ3A/?utm_source=ig_embed
“I’m pregnant you know, your child. I’m serious. I want you to responsibility. I want you fly to Jakarta. Tanggungjawab ya!,” ujarnya.
Malah, Lucinta juga berkongsi sekeping gambar bersama seorang lelaki dipercayai kekasih Inggerisnya itu dengan kapsyen: “Papa anakku, tanggungjawab.”
Anakmu papa…
https://www.instagram.com/p/COW6nvIlygA/?utm_source=ig_embed
Minum susu hamil pula
https://www.instagram.com/tv/COZe5sqJhFk/?utm_source=ig_embed
Berikutan berita ‘luar biasa’ itu, rata-rata netizen berasa terhibur dan tercuit hati dengan ‘sinetron’ dilakukan Lucinta, namun tetap menyelitkan kecaman seperti dihadapi usahawan kosmetik Malaysia, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.-OMM
Sumber: Instagram Lucinta Luna