Sanusi cari publisiti murahan burukkan JDT

Sanusi cari publisiti murahan burukkan JDT, jangan api-apikan penyokong, kata bekas pemain
Sanusi cari publisiti murahan burukkan JDT, jangan api-apikan penyokong, kata bekas pemain. Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor, yang menuduh Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghormati tuan rumah dan membawa budaya ala samseng disifatkan hanya untuk mencari publisiti murahan dan memburukkan pasukan Harimau Selatan, kata bekas pemain Johor, Hasnizam Uzir.

Beliau yang kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Kedah itu berkata, Sanusi sebagai pemimpin masyarakat tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengapi-api dan mencetuskan perasaan benci antara penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan JDT.

“Untuk apa Presiden KFA (Sanusi) membuat kenyataan tidak matang itu. Mahu cari publisiti murahan. Sepatutnya beliau bersikap profesional dan tidak memperbesarkan insiden berkenaan kerana sukan bola sepak adalah untuk menyatukan pemain, jurulatih dan penyokong, bukan melaga-lagakan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bekas pemain Johor era 90-an itu berkata, Sanusi sepatutnya mengikut langkah Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, yang bersikap profesional apabila menyatakan tidak tercetus insiden tegang selepas tamat perlawanan, sebaliknya semua pemain KDA FC dan JDT bersalaman antara satu sama lain.



Terdahulu, FMT melaporkan Sanusi kesal kerana pasukan JDT yang hadir ke Stadium Darul Aman kelmarin, dilihat tidak menghormati tuan rumah, susulan suasana tegang tercetus dalam kalangan jurulatih dan pemain ketika perlawanan KDA FC menentang JDT dalam perlawanan Liga Super itu.

Insiden antara kedua-dua pasukan berlaku sebaik tamat babak pertama di mana kumpulan daripada JDT dilihat menerpa ke bahagian jurulatih KDA FC dan tercetus perang mulut antara mereka.

Suasana panas dan tegang itu dilihat berlarutan hingga di luar padang ketika pemain mahu memasuki laluan ke bilik persalinan, sebelum perlawanan bersambung semula, dan suasana kembali tenang dengan Aidil dilihat bersalaman dengan pemain JDT.

“Gaya dan karakter mereka tu dah boleh nampak macam nak gaduh apabila mereka hampiri tempat kita, padahal mereka datang ke stadium kita dan tak hormat kita dan mereka terpa (serbu) dekat jurulatih kita dan buat cengei (bengis),” kata Sanusi.



Dalam pada itu, Hasnizam yang juga penganalisis bola sepak tanah air berpandangan, sebagai ketua sebuah organisasi dan seorang profesional Sanusi sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih adil dan bijaksana berdasarkan apa berlaku dari awal.

“Kita lihat sendiri apa tindakan Renan (Alves) yang secara sengaja menghalang dengan keras larian Gonzalo Cabrera yang terpaksa dikejarkan ke hospital. Insiden Azamuddin Akil dengan sengaja mengasari Corbin Ong tanpa bola di hujung-hujung perlawanan. Kenapa tidak persoalkan tindakan kedua-dua pemain KDA FC itu,” katanya. FMT

Baca : https://mykmu.net/2021/02/02/orang-politik-jangan-rosakkan-bola-sepak/

Like FB MyKMU disini



[VIDEO] JDT Kalah Di Laman Sendiri, Sekali TMJ Masuk Bilik Persalinan Pemain Terengganu FC Buat Kejutan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker