Orang politik jangan ‘rosakkan’ bola sepak

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan ahli politik supaya tidak merosakkan bola sepak negara.

Peringatan itu disuarakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika menjawab soalan peminat bola sepak tanah air dalam sesi soal jawab santai di Instagram miliknya semalam.

“Dah merosakkan negara jangan sibuk nak merosakkan bola sepak,” kata TMJ ketika ditanya apa pendapat beliau mengenai ahli politik yang mahu bertanding dalam Kongres FAM yang akan datang.

Kongres FAM ke-57 dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Mac dan akan menyaksikan pemilihan barisan kepemimpinan baharu badan induk itu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan sedia dicalonkan semula untuk mempertahankan jawatan, manakala Datuk Mohd. Yusoff Mahadi turut menawar diri mengekalkan kerusi Timbalan Presiden.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Prof. Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, sesiapa saja boleh bertanding dalam pemilihan Kongres FAM Ke-57, termasuk ahli politik.

Bagaimanapun sebelum seseorang calon itu diterima bertanding, individu tersebut perlu bersih dan tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan jenayah.

Tunku Ismail turut diminta memberi satu perkataan tentang politik semasa di Malaysia dan beliau menjawab ringkas: “Ribut.”

Dalam sesi ‘tanya saya soalan?’ itu, Tunku Ismail turut membalas ‘saya tidak peduli tentang kisah lampau anda, sehinggalah anda menang’ ketika ditanya mengenai Selangor.

Sebaliknya beliau membalas ‘sangat kuat’ apabila ditanya tentang Kedah Darul Aman FC.

TMJ jaga FAM pun tak sampai setahun, bayangkan jadi PM – Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker