Patutlah Sentiasa Muda! Ini Rawatan Yang Dilakukan Oleh Krisdayanti
Penjagaan kulit wajah Krisdayanti menggunakan ekstrak DNA ikan salmon kini menjadi perbualan ramai. Krisdayanti dikatakan telah mengambil rawatan ini sejak tahun 2019 yang menjadikan wajahnya kelihatan lebih segar dan kelihatan muda walaupun sudah berusia 46 tahun.
Menjalankan Rawatan Ekstrak DNA Salmon
Melalui akaun Instagram, penyanyi yang dikenali sebagai KD menjelaskan jenis rawatan DNA salmon yang dilaluinya.
“Ekstrak DNA salmon adalah teknik untuk membantu membantu pertumbuhan semula kulit, mempercepat proses pembentukan kolagen, terutama, penyembuhan parut jerawat. Suntikan DNA ikan salmon juga mempunyai manfaat lain sebagai healer atau penyembuh, sekaligus memberikan efek melembabkan dan mencerahkan kulit wajah.”-Krisdayanti
https://www.instagram.com/p/CObNJ2QgCcc/
Krisdayanti turut menjelaskan bahawa untuk pertama kali, rawatan rutin dilakukan sebulan sekali selama tiga bulan, dan di masa hadapan hanya perlu dilakukan tiga bulan sekali.
“Rawatan rutin dilakukan sebulan sekali selama tiga bulan, tetapi di masa hadapan ia hanya perlu dilakukan tiga bulan sekali. Ini kerana tiga bulan pertama adalah langkah penting dalam pemulihan kulit.”-Krisdayanti
Anggaran Kos Rawatan Bernilai 7 Juta Hingga 15 Juta Rupiah
Krisdayanti juga menyebut anggaran kos yang diperlukan untuk menjalankan rawatan ekstrak DNA ikan salmon.-Murai
“Kosnya juga tidak mahal dan sangat berpatutan..Anggarannya adalah dari 7 juta hingga 15 juta bagi setiap lawatan jika anda tidak mengambil pakej rawatan.”-Krisdayanti
Yang demam Aurel, yang sah positif Covid-19 Atta Halilintar