[VIDEO] 10 Akhir Ramadan, Elizabeth Tan Muncul ‘Mendadak’ Mengenakan Hijab..Comel lahh



Sebaran :

Menjelang 10 akhir Ramadan, rata-rata umat Islam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk merebut keistimewaan yang tersingkap di antara malam-malam yang disebut sebagai Malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Apa yang dapat kita contohi antara amal ibadah yang menjadi sunnah adalah dengan ‘mengetatkan kain ketika memasuki 10 malam terakhir Ramadan’.

Hal yang demikian dapat kita kongsikan, sepanjang menjalani ibadah puasa tahun ini, rata-rata selebriti banyak yang sudah mula mempertingkatkan amalan mereka dengan membaca Al-Quran dan ada yang mula mengenakan pemakaian hijab yang terlihat manis di sepanjang bulan Ramadan ini.



Bukan itu sahaja, terbaharu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan telah memuat naik video beliau yang cuba memakai hijab malah, kain tudungnya jugak dilabuhkan bagi menutup dadanya yang terlihat jelas cuba menghormati bulan mulia ini.

VIDEO DIBAWAH:-

caption:

“Sempena ramadhan…. Tiberrss ”

Menerusi entri tersebut, penampilan yang dikongsi oleh Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy itu mungkin hanya sebagai tuntutan watak dalam lakonanya, namun tindakan spontan itu telah berjaya mencuri perhatian netizen yang turut memuji keayuan dirinya yang tampak manis memakai selendang.



Sebelum ini, Lizzy mungkin sering menerima komen-komen negatif mengenai cara pemakaiannya di laman Instagram namun, menerusi sumber sebuah laman portal beliau pernah menjelaskan selagi ibunya tidak menegur caranya berpakaian dalam foto yang dikongsi itu, dia tidak akan menganggap aksinya dikategorikan sebagai ‘over’.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga komen-komen membina yang turut ditinggalkan oleh peminat buat artis kesukaan mereka ini.

“Lizzy I’ve been following you since past few years and there are still (mostly) people harassing you and judging the way you dress like this country is own to one religion and race only just ignore those naysayers and be comfortable with whatever you do and wear as long as it doesnt harm you or anyone else! Those ppl lack of common sense and respect, have a nice day miss and stay safe!!”

Lizzy bagaimanapun dikatakan telah sah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada Mac lalu, yang mana sedikit sebanyak telah memberi kejutan serta ‘melukai dan merobek hati’ ramai peminatnya, terutamanya golongan jejaka dan otak kuning yang meminati Lizzy secara peribadi.



Sumber: Hot.fm & Instagram Elizabeth Tan


Sebaran :


Leave a Reply