Messi mahu tinggalkan Barcelona

Bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi dilaporkan mahu meninggalkan Nou Camp.

Pemain itu meletakkan syarat untuk mempertimbangkan keputusan itu sekiranya kelab tersebut sedia membuat rombakan besar serta merta.

Barcelona masih belum pulih daripada kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Jumaat lalu.

Namun pengurusan tertinggi pasukan itu menafikan menerima berita tentang hasrat Messi itu.

Pemain antarabangsa Argentina itu dikatakan masih belum membuat ketetapan mengenai masa depannya.

Presiden kelab itu, Josep Bartomeu kini menerima tekanan akibat kekalahan memalukan itu malah Quique Setien pula sedang menghitung hari untuk dipecat.

Kekecewaan kehilangan gelaran La Liga Sepanyol kepada musuh tradisinya, Real Madrid dan kekalahan memalukan kepada Bayern Munich mengakibatkan the Catalans menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi.

Kontrak Messi di Nou Camp akan tamat tahun depan.

Namun Barcelona kini berada dalam keadaan terdesak untuk menawarkan pelan pembangunan semula pasukan yang meyakinkan jika mahu bintang itu kekal bersama mereka.

Kelab itu berdepan krisis kewangan sejak beberapa bulan lalu dan mungkin tidak mempunyai dana mencukupi untuk memenuhi tuntutan Messi dan merombak skuadnya.

Rombakan hirarki pasukan juga berada dalam perancangan kelab itu dan pemilihan presiden kelab mungkin diawalkan berikutan tekanan semasa. – MalaysiaGazette

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker