Pelakon Berkira Sangat Nak Promosi Di IG Personal, Sekali Kena Tembak Dgn Penerbit Popular, Fadzil Teh

Penerbit popular, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pelakon tanah air yang disifatkan terlalu berkira dalam isu mempromosikan drama atau filem lakonan mereka sendiri di laman media sosial peribadi.

Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zil, ada juga diantara mereka yang enggan melakukan perkara sedemikian kerana bimbang ia akan menjejaskan struktur posting di laman media sosial milik mereka.

“@beingsalmankhan hari hari promo filem dia. Artis kita nak promo filem sendiri pun malaih.

“Katanya kotoq ig macam la hang tu duta projek juta juta. Kadang artis Malaysia ni bodoh ls,” tulisnya.

Luahan tersebut disuarakan oleh pemilik syarikat Zeel Production itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Malah, Haji Zil turut memuji bintang Bollywood, Salman Khan yang dilihat tidak jemu-jemu mempromosikan filem lakonannya di laman Instagram miliknya sendiri.

Katanya lagi, sekiranya barisan pelakon kerap mempromosikan filem atau drama lakonan mereka di platform media sosial peribadi, perkara tersebut tetap akan memberikan kebaikkan dan keuntungan buat mereka dikemudian hari.

“Depa tak tau if drama ke filem depa ka meletop yang dapat job banyak yang harga naik depa.

“Meluat dengan kerenah artis artis mcm ni,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan yang diberikan oleh Haji Zil selain turut berharap agar ia dapat memberi kesedaran buat pelakon-pelakon yang lain.

“Selalu promot pun tak janji yang akan meletop aji. Sebab apa? Sebab Bukan favourite station  promot setiap menet pun depa x nampak hehe”

“Jangan kan film, drama… Kami buat lagu pun artis xdak nak promo bagai… Depa lupa, lagu naik, nama depa pun naik.. Ni tidak… Perasan diva lagu bole naik sendiri tanpa promo @hj.zil”

 

Artis Malaysia kurang berbakat?

MENCEBURKAN diri dalam dunia glamor hari ini bukan lagi sesuatu yang sukar jika dibandingkan puluhan tahun lalu. Namun dek kerana mudahnya proses itu, bakat-bakat baru yang lahir alaf ini kurang menyinar dari segi bakat mereka.

Tidak kiralah sama ada dari bidang nyanyian, lakonan, pengarahan, penciptaan lagu dan macam-macam lagi bidang industri kreatif di negara ini. Bagi penyanyi dan pelakon, wajah-wajah cantik dan ‘macho’ mereka yang terpampang di media-media massa dan elektronik hanya untuk melariskan jualan atau meningkatkan rating semata-mata.

Tetapi apabila bercerita tentang bakat, mereka ini kebanyakannya digelar ‘kayu’ kerana gagal menjiwai watak atau pun nyanyian yang didendangkan. Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kemunculan artis kurang berbakat dalam dunia lakonan dan nyanyian hari ini kerana kebanjiran program-program realiti yang pada pandangan beliau harus dikawal.

“Segala bentuk usaha untuk mengeluarkan bakat baru itu bagus tetapi kena berpada-pada supaya kebanjiran artis tidak berkualiti dapat dikawal. “Artis kita semakin lama semakin bijak dan berkualiti tetapi untuk lahirkan yang berkualiti itu semakin kurang,” ujar beliau. Paling sadis, artis yang lahir daripada program-program realiti ini katanya kebanyakannya sebagai ‘tangkap muat’.

“Artis sekarang, keluar saja memang tangkap muat. Apabila tak melalui proses yang sebenar seperti berdaftar dengan persatuan, ini yang berlaku. “Jika seorang artis ini buat hal, habis semua artis lain terpalit sama ditudvh salah dan burvk,” katanya.

Menurut aktor drama Sembilu ini lagi, setiap artis di negara ini perlu menjadi ahli pada salah satu daripada empat persatuan seni sebelum diiktiraf sebagai artis.

“Artis realiti tidak dididik dari awal tentang ‘sikap’, penganjur kenalah berhubung dengan persatuan supaya artis baru ini dapat dididik dari awal,” katanya.

Artis veteran, Datuk Mustapha Maarof menekakan bahawa fenomena kurangnya artis yang benar-benar berkualiti pada hari ini adalah kerana mereka tidak perlu meredah kepayahan seperti yang dilalui ketika eranya dahulu. Pelakon filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini berkata, “artis dulu daki bukit. Sekarang semua sudah tersedia… mudah.” “Apa yang diterima sekarang hasil permintaan orang dulu. Ini yang kami suarakan sebelum ini, minta tubuh badan itu badan ini, dana itu dana ini. Sekarang semua sudah ada.

“Dulu, kami kerja makan gaji. Kini, anak-anak (artis) hidup senang… kereta besar,” tambah beliau. Namun ujarnya, pokok pangkal dalam dunia hiburan ini ialah seseorang artis itu haruslah berpijak di bumi yang nyata apabila nama sudah gah di persada seni supaya terus disenangi dan kekal dalam industri.

“pabila sudah capai kejayaan, jangan lupa identiti kita,” nasihat beliau. Mustapha bagaimanapun tidak menolak sebenarnya di negara ini ramai artis yang berbakat tetapi katanya “tidak semua artis berjaya.”

“Kalau semua ‘hero’ siapa pula nak jadi krew,” kata beliau. Mengulas isu yang sama, komposer terkenal, Datuk Dr Ahmad Nawab memberitahu bahawa resepi kejayaan artis-artis terdahulu kekal sehingga ke hari ini ialah kerana yang mereka miliki di samping saluran yang betul. Malah katanya, tapisan yang dilakukan sebelum seseorang itu bergelar artis sangat dititikberatkan suatu masa dahulu jika hendak dibandingkan dengan hari ini.

Mengambil contoh dalam bidang nyanyian yang dekat dengan jiwanya, Ahmad Nawab berkata, jika dahulu mereka yang ingin menjadi penyanyi mestilah memasuki program Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Sekarang siapa saja boleh jadi artis. Sebab itu, orang dulu masih kekal dalam industri kerana datang dari saluran yang betul seperti Jamal Abdillah, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Namun katanya, “sekarang artis kurang berbakat berbanding dulu sebab itu tidak boleh tahan lama.” Bahkan ujarnya, fenomena artis kurang berbakat ini turut meresapi dunia penggubahan lagu apabila banyak karya-karya pada masa kini kurang bermutu dan tidak difahami. “Sekarang nak buat rakaman di mana-mana boleh. Di rumah pun boleh malah yang tidak boleh menyanyi dan ada duit juga boleh buat rakaman.

“Oleh kerana terlalu banyak yang tidak berkualiti, ini yang kita dapat sekarang. Memang betul peredaran zaman tetapi kualiti kena jaga. Lirik lagu dulu-dulu masih boleh bertahan hingga hari ini, tetapi lirik sekarang susah nak diterima. Saya pun tak faham lirik-lirik zaman sekarang,” katanya.

Keadaan ini katanya, jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan industri kreatif negara akan keciciran berbanding negara luar. “Dulu RTM ada tapisan seni kata, sekarang saya tak tahu ada ke atau tidak. “Kawalan sepatutnya dijalankan panel yang menjaga kualiti  produk (karya), orang yang betul-betul faham bukan orang yang tak tahu. Tak boleh pilih kasih,” katanya lagi.

Sumber: Instagram Haji Zil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker