Najib beri amaran kemerosotan hasil, pertambahan defisit kerajaan


Najib Razak percaya perintah darurat mungkin menghalang pelabur asing daripada datang ke negara ini.

Beliau bertanyakan soalan itu di Facebook selepas menyebut bahawa Putrajaya merekodkan hasil lebih rendah daripada unjuran pada suku pertama 2021 berbanding suku kedua 2020 walaupun lebih sedikit sekatan dikenakan bawah perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0) dan harga minyak dunia yang lebih tinggi.

Kerajaan hanya merekodkan hasil sebanyak RM49.5 bilion pada suku pertama tahun ini, yang mewakili 21% daripada anggaran setahun sebanyak RM236.9 bilion.

Hasil pada suku kedua 2020 adalah sebanyak RM56.5 bilion.

Dari segi perbelanjaan kerajaan, ia membelanjakan RM81 bilion bagi suku kedua 2020 dan RM86.6 bilion pada suku pertama 2021.

Kemerosotan hasil itu bermakna defisit bagi suku pertama 2021 (RM37.1 bilion) adalah jauh lebih besar daripada defisit pada suku kedua 2020 sebanyak RM24.6 bilion.

“Perlu diingat bahawa defisit keseluruhan tahun 2020 ialah RM86.5 bilion (2019: RM51.5 bilion), manakala jumlah defisit diluluskan dalam Bajet 2021 adalah RM84.8 bilion.

“Ini baru masuk suku pertama (tiga bulan), defisit kerajaan dah sebanyak 44% daripada defisit RM84.8 bilion bagi keseluruhan Bajet 2021 yang diluluskan,” kata Najib.

Beliau berkata, jika trend itu berterusan, defisit bagi keseluruhan tahun 2021 akan melepasi RM148 bilion, iaitu RM64 bilion lebih tinggi berbanding unjuran, sekali gus menambah hutang negara.

“Sebab itu penting perbelanjaan kerajaan dipantau oleh Parlimen,” katanya. FMT

PN ‘pentingkan politik dan kuasa’, sampai biarkan ekonomi kita ketinggalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker